Isnin, 18 Ogos 2008

Metod Menubuhkan Negara Islam (Bah. 1)




Dapat dikatakan, tidak ada satu ulama pun yang menolak bahawa kewujudan Al-Khilafah adalah masalah ma’lum min ad-din bi ad-darurah. Bahkan, pembahasan ini telah menjadi satu kajian penting dalam pembahasan usuluddin (1). Masalahnya, ulama-ulama dahulu tidak pernah membahas, bagaimana cara menubuhkan Al-Khilafah, sebab mereka hidup pada zaman negara Islam tersebut masih ada. Mereka juga tidak pernah membayangkan, bahawa negara ini akhirnya akan runtuh pada tahun 1924. Malahan mujtahid yang hidup pada masa-masa akhir negara Islam ini, seperti As-Syawkani (w. 1298 H/1873 M) tidak pernah sedikit pun membahas isu berkenaan.

Sebaik saja negara Islam ini dijatuhkan, tidak ada usaha dari kaum muslimin untuk menubuhkan semula, kerana pemikiran dan perasaan mereka telah terpesong dengan tipu muslihat orang-orang kafir. Selama hampir 3 dekad, iaitu dari dekad 1920-an hingga 1950-an, isu ini tidak menjadi perhatian kaum muslimin, sekalipun sudah banyak gerakan yang ditubuhkan umat Islam bergerak di tengah masyarakat. Setelah dekad 1950-an, khususnya sejak dekad 1970-an, lebih khusus lagi setelah Revolusi Iran, kesedaran kaum muslimin mula pulih, dan isu "negara Islam" ini telah mengarahkan pandangan umum kaum muslimin. Natijahnya, semua gerakan, jamaah dan parti Islam pada dekad 1980-an hingga sekarang, menuntut berdirinya negara Al-Khilafah Islam, sekalipun dengan gambaran yang masih kabur, termasuklah bagaimana mereka hendak menubuhkannya ? Dan dari mana mereka hendak memulakannya ? Dan masih banyak lagi yang belum jelas.

Oleh itu, tulisan ini berusaha untuk mengungkap pelbagai jalan yang ditempuh oleh gerakan, jamaah atau parti Islam dalam rangka menubuhkan negara Al-Khilafah Islam untuk menjadi wacana, sekaligus membuka mata umat agar mengetahui jalan yang benar. Akan tetapi, sebelumnya perlu dihuraikan dasar kewajiban menubuhkan Al-Khilafah, supaya mampu membangkitkan kesedaran akan kewajibannya melalui metod (Thariqah) yang berdasar pada wahyu Allah SWT iaitu menurut manhaj nubuwwah.

Metod Melakukan Perubahan dan Mendirikan Negara

Sejak negara Al-Khilafah Islam digulingkan oleh tali barut negara kafir dan Yahudi, terdapat berbagai-bagai cara dan pendekatan yang ditempuh oleh umat Islam dalam rangka menubuhkan semula Al-Khilafah. Didapati lebih dari dua dekad terakhir pada abad ke-20 yang lalu, gerakan Islam memainkan peranan politik yang penting di kebanyakan negara, terutama di dunia Islam. Pada tempoh tersebut pelbagai isu yang berkaitan dengan gerakan Islam seperti hubungan antara gerakan Islam dengan kerajaan, pembentukan masyarakat madani, perjuangan hak asasi manusia dan impian untuk mewujudkan sebuah negara merdeka agar mereka dapat mendirikan negara Islam, telah menjadi fokus utama kegiatan politik gerakan Islam tersebut. Kepentingan peranan gerakan Islam di dunia Islam amat ditentukan oleh pendekatan politik yang digunakan dalam menangani isu sesuai dengan pendekatan Islam.

Bertolak dari kegagalan mempertahankan keutuhan negara Al-Khilafah Islam, didapati wujud pola yang berbeza dalam kegiatan gerakan Islam tersebut. Kelompok-kelompok dakwah yang bergerak di luar bidang politik pada hakikatnya tidak berkaitan langsung dengan masalah utama kaum Muslimin masa kini. Ini kerana gerakan-gerakan tersebut tidak mungkin berupaya mencapai tujuan yang sepatutnya diwujudkan kaum Muslimin, iaitu menegakkan negara Al-Khilafah Islam dan mengembalikan penerapan hukum berdasarkan apa yang diturunkan Allah.

Dalam konteks ini, perlu dihuraikan pembahasan tentang metod ; dari segi hakikat metod, sifat dan bentuk-bentuk metod yang berbeza mengikut objek hukum yang akan dilaksanakan.

Hakikat Metod

Metod adalah hukum, sama ada bersumber dari akal mahupun syarak, yang bersifat tetap dan berkenaan dengan aspek praktikal (‘amaliyyah), yang secara langsung menjadi sebab kepada terlaksananya konsep tertentu, pemeliharaan dan penyebarannya.

Dari gambaran tentang hakikat metod di atas, dapat dicontohkan, bahawa Demokrasi merupakan hukum akal yang tetap untuk melaksanakan konsep kebebasan (liberalisme), serta untuk mempertahankan dan menyebarkan konsep tersebut. Oleh kerana itu, Demokrasi dalam konteks ideologi Kapitalisme, dapat disebut sebagai Metod Kapitalisme dalam mewujudkan, mempertahankan dan menyebarkan idea kebebasan. Akan tetapi, untuk mewujudkan, mempertahankan dan menyebarkan Demokrasi diperlukan metod yang lain, yang ditetapkan oleh pencetusnya dalam bentuk pilihan raya. Oleh itu, pilihan raya merupakan hukum akal yang tetap untuk melaksanakan konsep kebebasan berbicara, menyatakan pendapat dan menentukan pilihan, yang dikenali dengan istilah Demokrasi itu. Di sini, Demokrasi-Kapitalisme memandang pilihan raya sebagai kewajiban, bukan pilihan yang "mubah".

Sementara Al-Khilafah merupakan hukum syarak yang tetap untuk melaksanakan konsep keterikatan kepada hukum Allah, serta untuk mempertahankan dan menyebarkan konsep tersebut. Oleh kerana itu, dalam konteks ideologi Islam, Al-Khilafah dapat disebut sebagai Metod Islam dalam mewujudkan, mempertahankan dan menyebarkan keterikatan kepada hukum Allah. Akan tetapi, untuk untuk mewujudkan, mempertahankan dan menyebarkan Al-Khilafah diperlukan metod yang lain, yang ditetapkan oleh as-Syari' dalam bentuk "Metod Rasulullah SAW". Kerana itu, "Metod Rasulullah SAW" merupakan hukum syarak yang tetap untuk melaksanakan konsep keterikatan kepada hukum Allah, yang diterapkan secara menyeluruh oleh Metod yang bernama Al-Khilafah itu. Di sini, Islam memandang "Metod Rasulullah SAW" sebagai kewajiban, bukan pilihan yang "mubah".

Sifat-sifat Metod

Dari huraian tentang hakikat metod di atas, maka sifat-sifat metod tersebut dapat dirumuskan seperti berikut :

a. hukum syarak yang tetap, kerana itu dapat disifatkan dengan hukum wajib.
b. bersifat praktikal atau fizikal, bukan konsep atau gagasan.
c. merupakan sebab bagi natijah yang bersifat praktikal atau fizikal. (2)

Dari gambaran tentang sifat-sifat metod di atas, juga dapat dihuraikan, bahawa struggle (perjuangan fizikal) merupakan metod Sosialisme dalam mewujudkan konsep "perubahan yang bersifat material" (dialectical-materialism). Metod ini selari dengan Sosialisme, kerana negara Sosialis adalah negara kuku besi, bukan Demokrasi, yang memaksa semua orang atas nama equality (persamaan hak dan kesamarataan). Struggle yang membawa kepada Revolusi kaum Sosialis ini boleh bertahan, sebab negara yang ditegakkan mengamalkan sistem "kuku besi" (the iron oligarchy). Sekalipun idea-idea Sosialisme tidak diterima pada awalnya, tetapi akhirnya boleh diterima sebab dipaksa oleh sistem "kuku besi." Berbeza dengan Islam, jihad (physical struggle) sekalipun merupakan metod dalam Islam, akan tetapi dalam pandangan syarak, ia tidak dapat dibenarkan sebagai metod untuk menubuhkan negara. Begitu juga, dalam pandangan akal tidak dapat diterima. Ini kerana, negara Islam yang ditegakkan tidak mengamalkan sistem "kuku besi", seperti Sosialisme, sementara sebelum tegaknya negara, kerangka pemikiran yang jelas dan kuat tentang sistem yang akan ditegakkan oleh umat tidak pernah ditanamkan. Akhirnya negara yang dibangun dengan struggle seperti ini hanya akan menjadi permainan kuasa dunia, dan hancur berkecai, kerana tidak diasaskan kepada keyakinan umat yang menjadi sandaran kekuasaannya. Contoh yang terbaik dalam kes ini adalah Afghanistan.

Bentuk-bentuk Metod yang Berbeza

Dengan hakikat dan sifat-sifat di atas, banyak hukum akal atau syarak yang bersifat tetap, yang boleh dijadikan sebagai metod, sekalipun tidak semua metod sesuai untuk semua tujuan. Oleh kerana itu, bentuk-bentuk metod yang berbeza juga mesti difahami dengan cermat. Sebagai contoh jihad. Dari segi hakikat, jihad adalah metod untuk menyebarkan Islam, dan mempertahankan kekuasaan Al-Khilafah dari serangan kaum kuffar. Akan tetapi, jihad bukan metod untuk menubuhkan negara Al-Khilafah Islam. Berdo'a kepada Allah adalah aktiviti fizikal yang dapat dikatakan sebagai "metod" untuk mendekatkan diri kepada Allah, tetapi do'a bukan merupakan metod untuk menubuhkan negara Al-khilafah Islam, mengubah keadaan yang rosak atau kezaliman yang terjadi di tengah masyarakat. Meskipun para pejuang keadilan dan penegak kebenaran wajib berdo'a kepada Allah untuk menguatkan spirit perjuangannya.

Dalam konteks yang terakhir ini, dapat difahami, mengapa orang kafir dari segi kedekatan kepada Allah dapat dikatakan langsung tidak mempunyai hubungan ternyata ketika ini boleh menghancurkan umat Islam. Sebaliknya, umat Islam kalah. Persoalannya bukan kerana do'a mereka, tetapi kerana aktiviti fizikal mereka. Sebaliknya, umat Islam yang tidak henti-henti berdo'a siang dan malam, tetapi kerana tidak melakukan tindakan fizikal yang boleh membawa kepada perubahan, akibatnya keadaan mereka tetap sama sahaja.


..bersambung (Bah. 2)


Rujukan ()


(1) Lihat : Al-Asy’ari, al-Luma’, hlm. 133-136, at-Tahawi, al-‘Aqidah at-Tahawiyyah hlm. 33-34, al-Baqillani, at-Tamhid, hlm. 164-293, al-Ghazali, al-Iqtisad fi al-I’tiqad, hlm 134-141 dan sebagainya.
(2) Rujuk Hafidz Abdurrahman, Islam Politik dan Spiritual, hlm. 205



Sumber : Jurnal Liwa' Ul-Haq, 2001

Struktur Khilafah







Translation:

With regards to the ruling system, the structure of the state in Islam is established upon eight pillars: the Khaleefah, i.e., the head of State, the Khaleefah's delegated assistants (Mo'aawen TafweeD), the Khaleefah’s executing assistants (Mo'aawen Tanfeedh), the Ameer of Jihad, the Governors (Wulah), the Judges (QuDah)), state departments, and the state assembly (Majlis al-Ummah). This structure existed and Muslims have never been without a Khaleefah until at the hands of Mustapha Kemal, the disbelieving (Kafir) colonial powers abolished the Khilafah in 1342 A.H (1924 C.E). The existence of a Khaleefah for the Muslims, prior to its removal, had been continuous. Whenever a Khaleefah died or was removed, he was succeeded by another, even during the era of decline. Since the Islamic State is the Khaleefah, it means that when a Khaleefah is present the Islamic State exists. As for his assistants in ruling and execution they were present in all ages and were assistants and not wazirs. Although, they were named wazirs during the 'Abbassid era they were assistants and did not possess the capacity of ministers (wazirs) present in the democratic system at all, they were rather assistants in ruling and execution by authorisation from the Khaleefah, while all the executive powers were in the hands of the Khaleefah.

The existence of the governors (wulah), judges (quDah) and state departments was obvious When the kuffar occupied the lands, all their affairs had been running and there were therein governors, judges and state departments, a matter that does not need any evidence. As for the ameer of jihad, he used to run the affairs of the army in its capacity as an Islamic army all over the world, it was known to be undefeated. With regards to the Majlis al-Ummah, after the era of the Khulafaa ar-Rashidun, its existence was not given much attention. The reason for that is that it is one of the ruling structure but not one of its pillars. Shura is one of the rights of the people upon the Khaleefah. Thus, if he neglects it he would be negligent, but the ruling system would still remain Islamic. This is because the shura (consultation) in Islam is for seeking the opinion and not for ruling. This is contrary to the parliamentary system in democracy. Therefore, it is clear that the Islamic ruling system was applied.

Terjemahan:

Mengenai sistem pemerintahan, struktur negara di dalam Islam terdiri dari lapan asas (struktur), iaitu:

(1) Khalifah, sebagai ketua negara
(2) Mu'awin Tafwidh, sebagai pembantu Khalifah yang berkuasa penuh
(3) Mu'awin Tanfiz, sebagai pembantu Khalifah dalam urusan administrasi
(4) Amirul Jihad
(5) Wali (gabenor)
(6) Qadhi (hakim)
(7) Jabatan-jabatan Negara,
(8) Majlis Ummat

Struktur ini wujud dalam sejarah Islam dan kaum muslimin belum pernah melewati satu masa pun tanpa seorang Khalifah sehinggalah tiba masa Mustapha Kemal, kuasa pejajah kuffar menggulingkan Khilafah pada tahun 1342H (1924M). Kewujudan Khalifah ditengah-tengah kaum muslimin sentiasa berlangsung sebelum ia digulingkan. Tatkala seorang Khalifah meninggal dunia atau dilucutkan, ia diganti oleh yang lain walaupun dalam era kemunduran. Daulah Islam itu adalah Khalifah kerana ia mewakili kewujudan daulah Khilafah. Manakala, pembantunya dalam pemerintahan dan perlaksanaan (administrasi), mereka hadir dalam semua masa dan membantu bukan sebagai wazir (menteri –pent). Walaupun, mereka digelar wazir semasa era Abbasiyyah, mereka tetap sebagai pembantu dan tidak bertugas sebagai wazir (menteri) yang wujud dalam sistem demkorasi pada hari ini, mereka bertugas sebagai pembantu dan pelaksana melalui mandat (kuasa) yang diberikan oleh Khalifah, sedangkan kuasa tertinggi masih ditangan Khalifah.

Kewujudan gabenor, qadhi (hakim) dan jabatan-jabatan Negara sangat jelas. Apabila penjajah kuffar menakluki tanah-tanah (kaum muslimin), mereka menerapkan semua sistem mereka dan para gabenor, hakim dan jabatan-jabatan Negara tetap berjalan tanpa perlu dibuktikan lagi. Sedangkan Amirul Jihad pula, ia menjalankan seluruh tugasnya bersama angkatan bersenjata (Jaisy) dalam kapasitinya sebagai tentera Islam bagi seluruh dunia, yang tidak pernah dikalahkan. Berkaitan dengan Majlis Ummat pula, selepas era Khilafah Ar-Rasyidin, kewujudannya tidak dipandang berat. Alasannya adalah kerana ia bukan salah satu dari struktur asas Khilafah. Syura adalah hak rakyat ke atas Khalifah. Jadi, jika ia lalai, ia akan diabaikan pula (oleh rakyat), tetapi sistem pemerintahan masih kekal sebagai sistem pemerintahan Islam. Ini adalah kerana syura (rundingan) didalam Islam adalah sebagai jalan mencari pandangan (pendapat) dan bukan untuk (hal) pemerintahan. Ini sangat bertentangan dengan sistem berparlimen dalam demokrasi. Ini membuktikan bahawa sistem pemerintahan Islam pernah digunakan.

Sumber : Petikan dari Kitab Nizhamul Islam, Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani (1953), ms 47-48 versi Arab