Metod Syarak dalam Menubuhkan Negara Islam
Dari analisis di atas, hanya ada satu metod sahaja yang menepati metod syarak, iaitu metod yang merupakan hasil ijtihad dari sirah Rasulullah SAW dalam menubuhkan negara Islam. metod inilah yang disebut kemudian dengan "Metod Rasulullah SAW”
Apa yang dilakukan oleh Rasul semuanya bersumber dari wahyu, bukan yang lain, dan bukan pula merupakan hasil ijtihad Nabi SAW yang mengandungi kemungkinan benar-salah. Ini adalah akidah. Berdasarkan akidah inilah, maka dibangun sikap tsiqqah (yakin) dan qana’ah (patuh seratus-peratus) kepada tindakan Rasulullah, sehingga dapat menduplikasikan dan melaksanakannya secara sempurna. Inilah asas pertama dalam pembahasan "Metod Rasulullah SAW"
Berdasarkan standard sebelumnya, "Metod Rasulullah SAW" dalam menubuhkan negara Islam di Madinah dapat dirumuskan seperti berikut :
Aspek Ittiba’
Pertama, dari aspek duplikasi bentuk (mumatsalah), aktiviti dakwah Rasulullah SAW secara umum berbentuk pemikiran (fikriyyah) dan politik (siyasah). Ertinya, aktiviti Rasulullah SAW adalah aktiviti pemikiran, iaitu aktiviti pembentukan dan pembinaan cara berfikir masyarakat, dari cara berfikir yang rosak menjadi baik. Caranya dengan menyampaikan akidah, pandangan hidup, pemikiran dan pemahaman yang sahih, iaitu Islam, dan menjelaskan kekeliruan segala bentuk akidah, pandangan hidup, pemikiran dan pemahaman yang sesat yang menjadi adat resam jahiliyah. Sedangkan yang dimaksudkan dengan politik (siyasah) sebagai bentuk aktiviti Nabi SAW adalah politik dalam konteks ri’ayat al-masalih (menguruskan kemaslahatan) umat. Aktiviti ri’ayat al-masalih yang menjadi identiti politik Nabi SAW juga sangat jauh dari bentuk fizikal (madiyyah).
Gabungan antara bentuk fikriyyah-siyasah ini nampak dalam proses pendidikan Nabi SAW, yang tidak terhad mengajarkan pemikiran tertentu, tetapi juga mendorong sahabat-sahabatnya untuk mengamalkan dan menyampaikannya. Sebelum berjaya menubuhkan negara Islam, Nabi SAW tidak pernah menggunakan bentuk aktiviti fikriyyah-madiyyah (pemikiran dan tindakan fizik), atau siyasah-madiyyah (politik dan tindakan fizik). Bukti ini dapat ditemukan ketika Nabi SAW dipukul dari belakang dan dilempar dengan pasir oleh ‘Uqbah bin Mu'aid, Nabi SAW tidak melakukan apa-apa tindakan fizik. Ketika keluarga Amar diseksa sehingga ibunya meninggal, Nabi SAW hanya memberikan motivasi spiritual : "Bersabarlah wahai keluarga Yasir, sesungguhnya yang dijanjikan untukmu adalah syurga." Ketika Abdullah bin Mas'ud menyampaikan surah ar-Rahman, kemudian wajahnya dipukul oleh orang Quraisy, Nabi SAW juga tidak melakukan apa-apa tindakan fizik (14).
Bentuk aktiviti fikriyyah-siyasah tersebut dapat dihuraikan seperti berikut :
(1) Pendidikan intensif, seperti yang dilakukan oleh Hubab bin al-Art ketika ditugaskan oleh Nabi SAW untuk mengajarkan al-Qur'an kepada Said bin Zaid dan isterinya, Fatimah binti al-Khattab (adik Umar) di rumah mereka. Pendidikan ini, seperti dalam riwayat ini, dilakukan secara sirri (rahsia) (lihat 'Ibid, hlm. 304-307)

(2) Pendidikan secara massa, seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW di rumah al-Arqam bin al-Arqam, yang menjadi tempat para sahabat dan orang-orang yang baru masuk Islam untuk berkumpul secara sirri (sembunyi-sembunyi) untuk menerima pendidikan dari Nabi SAW
(3) Pembentukan tubuh parti, seperti yang dilakukan oleh Rasul selama tiga tahun kemudian nampak bentuknya setelah Hamzah dan Umar masuk Islam, iaitu ketika tubuh parti ini diisytiharkan secara terbuka dengan cara tawaf keliling Ka'bah. Tawaf Rasul SAW bersama para sahabat Nabi SAW menjadi qara’in al-ahwal (petunjuk perbuatan) untuk menerangkan khitab (seruan) dakwah secara terbuka dalam surah al-Hijr (15) : 94.
(4) Melakukan interaksi dan hubungan dengan masyarakat, dapat dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu tertutup dan terbuka. Hubungan secara tertutup dilakukan dengan orang-orang dekat, seperti ketika Nabi melakukan interaksi dakwah dengan isterinya, Khadijah, dan anak saudara bapanya, Ali, dan temannya, iaitu Abu Bakar, kemudian Abu Bakar dengan teman-temannya. Hubungan secara terbuka dilakukan setelah parti diisytiharkan, seperti tindakan para sahabat yang berusaha memasuki political medium (sarana politik) untuk mengubah arah pandangan umum yang didominasi oleh pemikiran jahiliyah ke arah Islam. Ini nampak dalam tindakan Abdullah bin Mas'ud yang membacakan surah ar-Rahman secara terbuka kepada orang Quraisy.
(5) Menghancurkan pemikiran yang sesat atau rosak dan membina pemikiran yang sahih. Ini biasanya berkenaan dengan kerosakan yang tidak dirasai secara langsung oleh masyarakat, kerana berkenaan dengan kemaslahatan atau politik jangka panjang kaum jahiliyah.
(6) Melakukan perjuangan politik yang dilakukan oleh Rasul dengan menerangkan kerosakan asas dan amalan hukum jahiliyah yang berkembang di masyarakat, termasuk kerugian-kerugian masyarakat ketika menerapkan hukum berkenaan. Seperti yang diceritakan dalam surah al-Mutaffifin, ketika hukum ini telah dijadikan amalan dan dirasai langsung oleh masyarakat.
(7) Mencari sokongan politik sama ada untuk melindungi dakwah mahupun mendapatkan kuasa (pemerintahan). Ini seperti yang dilakukan oleh Rasul SAW ketika mencari sokongan politik kepada raja an-Najasyi di Habsyah dengan mengirim para sahabat ke sana untuk melindungi keimanan mereka dari serangan orang kafir. Ini bentuk perlindungan yang diberikan oleh orang kafir. Tetapi, dalam konteks sokongan untuk mendapatkan kuasa, Rasulullah SAW hanya menerima dari orang Ansar setelah masuk Islam, dan menolak syarat-syarat yang tidak Islami yang diberikan oleh Bani Amir bin Sa'asa'ah.
(8) Menyiapkan tapak binaan secara massa yang mempunyai keyakinan kepada ideologi yang akan diterapkan. Ini seperti yang dilakukan Rasul SAW dengan mengirim Mus'ab bin Umair ke Madinah untuk mengajarkan Islam dan menerapkan orang Madinah sebagai tapak binaan negara Islam.
(9) Menerapkan Islam secara menyeluruh dan sekaligus, seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW setelah menerima Bai'at Aqabah kedua dari kaum Ansar.
Kedua, dari aspek duplikasi sifat (‘ala wajhih), iaitu sifat wajib, mandub, mubah dan sebagainya. Berdasarkan petunjuk-petunjuk yang ada dapat disimpulkan, bahawa sifat aktiviti Rasulullah SAW yang berbentuk gabungan antara fikriyyah-siyasah tersebut adalah wajib. Kerana itu, sifat
ini mesti diduplikasikan sebagaimana apa adanya, atau dengan lain perkataan wajib diikuti seperti yang sedia ada.
Ketiga, dari aspek duplikasi masa (min ajlih), iaitu bila bentuk dan sifat berkenaan dilaksanakan? Dari hasil analisis perjalanan dakwah Nabi SAW dapat disimpulkan, bahawa bentuk fikriyyah-siyasah tersebut dilaksanakan sebelum negara Islam berdiri. Setelah negara berdiri, bentuk aktiviti Rasulullah adalah fikriyyah-madiyyah (pemikiran dan tindakan fizik), iaitu tidak terhad menyampaikan pemikiran dan hukum Islam, tetapi juga berupa tindakan fizik. Atau berbentuk siyasah-madiyyah (politik dan tindakan fizik), iaitu tidak terhad mengurus kemaslahatan dengan pemikiran, melainkan langsung berupa tindakan fizik. Bertolak dari aspek duplikasi masa (min ajlih) inilah, urutan masa seluruh aktiviti di atas dapat diistinbatkan (digali).
Dari sini kemudian seluruh aktiviti dakwah Nabi SAW dirumuskan dalam bentuk fasa demi fasa, iaitu seperti berikut :
Fasa Pertama : Fasa takwin (pembentukan jamaah dan parti politik). Fasa ini dibezakan dengan fasa kedua, berdasarkan aspek duplikasi masa (min ajlih), iaitu sebelum kekuatan Islam dalam bentuk parti politik terbentuk, khususnya sebelum mendapat sokongan orang-orang kuat, seperti Hamzah dan Umar. Duplikasi bentuk dan sifat aktiviti pada fasa ini dapat dihuraikan, antara lain :
(a) Pembinaan intensif secara sirri (rahsia), yang berbentuk halagah di rumah-rumah.
(b) Pembinaan secara massa yang dilakukan secara sirri (rahsia).
(c) Melakukan interaksi dan hubungan dengan masyarakat, secara tertutup, yang dilakukan kepada orang-orang dekat dan kenalan yang dapat dipercayai.
(d) Menghancurkan pemikiran yang sesat atau rosak dan membina pemikiran yang sahih, yang biasanya dilakukan melalui pembinaan intensif, pembinaan secara massa dan interaksi tertutup dengan kenalan rapat.
(e) Pembentukan tubuh parti secara tertutup, sehingga idak diketahui siapa-siapa yang menjadi ahli, di mana tempat ereka berkumpul dan sebagainya.
Ini dari segi bentuk, sedangkan dari sifat aktiviti, semuanya ini hukumnya wajib. Ini kerana adanya petunjuk bahawa aktiviti ini dilakukan secara berterusan oleh Rasul, dan tidak ada aktiviti yang dilakukan secara berterusan kecuali hukumnya wajib. Rasul juga tidak pernah mengubah bentuk aktivitinya, sampai memasuki Fasa Kedua.
Fasa Kedua : Fasa tafa’ul (interaksi terbuka). Fasa ini juga dibezakan dengan fasa pertama, berdasarkan aspek duplikasi masa (min ajlih), iaitu setelah kekuatan Islam dalam bentuk parti politik terbentuk, ketika dakwah telah mendapat sokongan orang-orang kuat, seperti Hamzah dan Umar. Duplikasi bentuk dan sifat aktiviti pada fasa ini dapat dihuraikan, antara lain:

(b) Pembinaan secara massa yang dilakukan secara terbuka, seperti yang dilakukan oleh Rasul di bukit Safa, Abdullah bin Mas'ud, Abu ad-Dhar al-Ghifari dan sebagainya.
(c) Melakukan interaksi dan hubungan dengan masyarakat, secara terbuka untuk mengubah arah sarana politik. Ini seperti yang dilakukan oleh Rasul ketika bersama Khadijah dan Ali di Mina ketika menyampaikan kepada orang ramai, bahawa pada suatu saat kerajaan Rom dan Parsi akan ditaklukan oleh Islam.
(d) Pengisytiharan tubuh parti secara terbuka untuk menunjukkan kewujudan dakwah dan para pemikulnya.
(e) Menghancurkan pemikiran yang sesat atau rosak dan membina pemikiran yang sahih secara terbuka. Ini seperti riwayat Ahmad, bahawa Rasul bersama Khadijah pernah mendapat ancaman Abu Jahal, setelah keduanya secara terang-terang mencela patung-patung berhala yang disembah orang Arab.
(f) Melakukan perjuangan politik secara terbuka.
(g) Mencari sokongan politik, sama ada untuk melindungi dakwah mahupun mendapatkan kuasa (pemerintahan).
(h) Menyiapkan tapak binaan secara massa yang mempunyai keyakinan kepada ideologi yang akan diterapkan.
Ini dari segi duplikasi bentuk, sedangkan dari segi duplikasi sifat, jelas yang disebutkan di atas hukumya wajib. Petunjuk ini dapat ditemukan dalam tindakan Rasul SAW yang konsisten dengan bentuk dan gaya pejuangannya, sekalipun ditentang, disakiti, dizalimi, diintip semua aktivitinya, dan pengikutnya dibunuh, malahan Nabi SAW sendiri berdepan dengan ugutan pembunuhan. Ini kerana bentuk aktiviti di atas jelas menyebabkan kesusahan atau darar, akan tetapi jika aktiviti semacam ini tetap dilakukan, bererti aktiviti wajib.
Dalam kedua kes di atas, iaitu fasa pertama dan kedua, Nabi SAW jelas tidak mengubah bentuk aktivitinya, dari fikriyyah-siyasah kepada fikriyyah-madiyyah atau siyasah-madiyyah, walhal keadaan sangat mendesak, terutama ketika mereka tertindas, seperti yang dikeluhkan oleh Hubab bin al-Art kepada Nabi SAW. Kerana bentuk ini dijalankan secara konsisten oleh Nabi, bererti bentuk ini secara umum bersifat wajib, dan tidak boleh ditinggalkan, sehingga diubah menjadi fikriyyah-madiyyah atau siyasah-madiyyah.
Fasa Ketiga : Fasa tathbiq ‘amali (penerapan hukum secara praktikal).
Fasa ini juga dibezakan dengan fasa pertama dan kedua, berdasarkan aspek duplikasi masa (min ajlih), iaitu ketika wujud satu wilayah yang merdeka iaitu Madinah, dengan keamanan di tangan kaum muslimin, iaitu Aus dan Khazraj, setelah mereka dipersiapkan oleh Mus'ab bin Umair yang dikirim oleh Rasul ke sana. Duplikasi bentuk dan sifat aktiviti pada fasa ini dapat dihuraikan, antara lain :
(a) Pembinaan intensif dan pembinaan secara massa yang berlangsung secara terbuka di masjid Nabi.
(b) Menghancurkan pemikiran yang sesat atau rosak dan membina pemikiran yang sahih, yang dilakukan melalui pembinaan intensif, pembinaan secara massa dan interaksi dengan masyarakat.
(c) Menerapkan seluruh hukum Islam secara menyeluruh dan sekaligus, kepada seluruh rakyat, sama ada Islam mahupun bukan Islam. Ini nampak dalam piagam yang dibuat antara Nabi SAW dengan orang bukan Islam di Madinah.
(d) Melakukan tindakan fizik, seperti menghukum orang yang berzina dengan rejam dan sebat, memotong tangan pencuri dan sebagainya. Dalam bidang ekonomi, Nabi SAW mengusahakan keperluan asas seluruh rakyat, khususnya di antara kaum muslimin dengan cara mu'akhat (mempersaudarakan Muhajirin-Ansar), dan sebagainya.
(e) Menyebarkan Islam ke seluruh dunia melalui dakwah dan jihad. Ini dari segi duplikasi bentuk, sedangkan dari segi duplikasi sifat, bentuk aktiviti di atas semuanya bersifat wajib, sebagaimana yang diterangkan oleh petunjuk perbuatan (qara’in al-ahwal) dan penjelasan (qara’in al-aqwal) Nabi SAW.
Aspek al-Qiyam bi al-Fi’l
Aspek ini adalah aspek pelaksanaan "perbuatan Nabi SAW" yang diduplikasikan di atas secara apa adanya, yang dilaksanakan oleh umatnya, iaitu bagaimana hukum syarak bagi umat Nabi SAW untuk melaksanakannya ? Apakah wajib, sehingga tidak dapat sedikitpun ditinggalkan ? Ataukah mandub atau mubah, sehingga ketika ditinggalkan tidak berdosa ?
Dari huraian di atas, dapat disimpulkan, bahawa seluruh perbuatan di atas bukan merupakan khawwas ar-Rasul (khusus untuk Rasul SAW), sehingga boleh dilakukan oleh umatnya. Ada sebahagian perbuatan tersebut yang termasuk dalam bayan li khitab sabiq, seperti tawaf Nabi SAW dan para sahabat untuk mengisytiharkan jamaah atau partinya. Dari segi cara, iaitu tawaf, hukumnya mubah, tetapi pengisytiharan tersebut hukumnya wajib, sebagai penjelasan dari surah al-Hijr (15) : 95.
Ini kerana hukum bayan mengikut mubayyan (objek yang dijelaskan). Juga adakalanya bukan berupa penjelasan, tetapi merupakan perintah tulen, sama ada bererti wajib ataupun mubah. Dalam konteks yang terakhir ini tertakluk kepada petunjuk yang ada.
Contoh, pembinaan intensif dan pembinaan secara massa adalah wajib, tetapi teknikalnya (uslub) adalah mubah. Ini kerana petunjuk yang menunjukkan wajib adalah proses pembinaannya, sedangkan teknikalnya berubah-ubah mengikut keadaan semasa. Begitu juga interaksi dengan masyarakat adalah wajib, sama ada dilakukan dengan teknik kunjungan ke rumah-rumah, ke tempat-tempat kerja, di masjid-masjid dan sebagainya. Menghancurkan pemikiran yang sesat dan rosak serta membina pemikiran yang sahih di tengah masyarakat, dan juga melakukan perjuangan politik adalah wajib, tetapi teknikalnya boleh dilakukan melalui ceramah, tulisan dan sebagainya. Demikian pula, mencari sokongan politik dari kalangan orang-orang kuat, menyiapkan tapak binaan yang menjadi tempat berdirinya negara Islam, hukumnya adalah wajib, sedangkan bentuk teknikalnya boleh bermacam-macam.
Penutup
Semuanya ini menggambarkan, bahawa "Metod Rasulullah SAW" dalam menubuhkan negara Islam adalah jelas, dan wajib diikuti sebagaimana apa adanya, dan Juga tetap releven untuk di mana saja dan bila-bila masa. Dengan huraian di atas, tidak boleh lagi ada orang Islam yang membantah, bahawa "Metod Rasulullah SAW" tidak releven, termasuklah ketidaksesuaian Metod berkenaan dengan zaman dan tempat yang berbeza. Ini kerana, dakwaan seperti ini hanya membuktikan kecacatan akidahnya.
Sebaliknya, dengan berpegang kepada Metod ini, kejayaan menubuhkan negara Islam untuk membangkitkan umat ini parti akan terwujud atas izin Allah. Ini kerana aktiviti tersebut bukan semata untuk meraih kejayaan di dunia melalui datangnya pertolongan Allah, tetapi juga pahala di akhirat. Bentuk penyelewengan sekecil apapun hanya akan menghalang datangnya pertolongan Allah, sebaliknya hanya menyebabkan azab di akhirat.

Wallahu a'lam
Rujukan ()
(14) Ibn Hisyam, op. cit., Juz I, hlm. 273, 279.
Sumber : Jurnal Liwa' Ul-Haq, 2001
Tiada ulasan:
Catat Ulasan