Selasa, 2 September 2008

Struktur Khilafah: Majlis Umat



THE UMMAH ASSEMBLY (Majlis al-Ummah)

Article 101
The members of the Majlis al-Ummah are those people who represent the Muslims in respect of expressing their views to the Khaleefah when consulted. Non-Muslims are allowed to be members of the Majlis al-Ummah so that they can voice their complaints in respect to unjust acts performed by the rulers or the misapplication of the Islamic laws.

Article 102
The members of the Majlis al-Ummah are elected by the people.

Article 103
Every citizen of the State has the right to become a member of the Majlis al-Ummah, provided he or she is both mature and sane. This applies to Muslim and non-Muslim. However, membership to non-Muslims is confined to their voicing of complaints in respect to unjust acts performed by the rulers or the misapplication of Islam upon them.

Article 104
Consultation (Shura) and the mashura are the seeking of views in absolute terms. These views are not binding in legislation, definitions, intellectual matters such as discovering the facts and the technical and scientific matters. However they are binding when the Khaleefah consults in other practical matters and actions that do not scrutiny or research.

Article 105
All citizens, Muslim or not, may express their views, but shura is a right for the Muslims only.

Article 106
All issues that fall under the binding shura, when the Khaleefah seeks opinion, are decided on the basis of the majority opinion, irrespective of whether it is considered to be correct or not. In all other matters of shura, the correct opinion is sought, whether it is a majority or minority held view.

Article 107
The Majlis al-Ummah is charged with five duties. They are:

1a. To be consulted by the Khaleefah or to advice him on the practical matters and actions which do not need scrutiny or research, such as: affairs of ruling, education, health, and the economy, industry, farming and the like; and its opinion in that is binding.

1b. However in the matters which require scrutiny and research and the technical matters, the financial, the millitary and the foreign policy, the Khaleefah has the right to refer to the majlis for consultation and seeking an opinion; however the opinion of majlis in such matters is not binding.

2. The Khaleefah may refer to the Majlis the rules, the constitution and canons, that
he intends to adopt. Muslimmembers of the Majlis have the right to discuss them and
express their views about them , but their opinion is not binding.

3.The Majlis has the right to account the Khaleefah regarding all the actions that the
state has actually executed , whether they were of the domestic or foreign matters , or
the finance or the army and the like . The view of the Majlis is binding wherever the
majority opinion is binding and not binding wherever the majority opinion is not.

4. The Majlis has the right to express dissatisfaction with the assistants, governors, and
mayors; and in this matter the view of the Majlis is binding and the Khaleefah must
discharge them at once.

5. To select the list of candidates standing for the position of Khaleefah; no candidate
excluded from this list may stand and the decision of the Majlis is binding. Only
Muslim members of the majlis may participate in drawing up this list.


Terjemahan


MAJLIS UMAT

Perkara 101
Majlis Umat adalah para wakil kaum muslimin bertujuan menyampaikan pendapat mereka sebagai bahan pertimbangan bagi Khalifah. Orang non-Islam dibolehkan menjadi anggota Majlis Umat untuk menyampaikan pengaduan tentang kezaliman para penguasa atau penyelewengan dalam pelaksanaan hukum Islam keatas mereka sahaja.

Perkara 102
Anggota Majlis Umat dipilih melalui pemilihan umum.

Perkara 103
Setiap warganegara yang baligh dan berakal berhak menjadi anggota Majlis Umat, baik lelaki mahupun perempuan, Islam ataupun non-Islam. Keanggotaan orang non-Islam terbatas kepada penyampaian pengaduan tentang kezaliman para penguasa atau penyimpangan dalam pelaksanaan hukum Islam keatas mereka sahaja.

Perkara 104
Syura dan masyurah adalah pengambilan pendapat secara mutlak. Hal tersebut tidak mengikat dalam perkara syariat, terminologi, persoalan pemikiran seperti pengungkapan berbagai hakikat serta perkara-perkara teknik dan keilmuan. Namun, bersifat mengikat bila Khalifah bermusyawarah (mengambil pendapat) dalam setiap perkara praktis dan aktiviti-aktiviti yang tidak memerlukan pembahasan dan kajian mendalam.

Perkara 105
Syura adalah hak bagi kaum muslimin sahaja. Tidak ada hak syura bagi rakyat non-muslim; tetapi penyampaian pendapat dibolehkan bagi semua warga negara, baik orang Islam mahupun non-Islam.

Perkara 106
Persoalan-persoalan yang termasuk ke dalam syura yang sifatnya mengikat ketika mesyuarat dengan Khalifah diambil berdasarkan pendapat majoriti, tanpa mempertimbangkan pendapat tersebut benar atau salah. Urusan syura di luar hal tersebut dikaji kebenarannya, tanpa mempertimbangkan majoriti atau minoriti.

Perkara 107
Majlis Umat memiliki empat kuasa :

Fasal 1a - Pengambilan pendapat oleh Khalifah dari majlis dan pemberian pendapat dari majlis kepada Khalifah didalam perkara-perkara praktis (‘amaliy) yang termasuk perkara yang tidak memerlukan pembahasan dan kajian mendalam seperti urusan ketatanegaraan, pendidikan, kesihatan, ekonomi, perdagangan, industri, pertanian dan lain-lain. Pendapat majlis dalam persoalan-persoalan tadi bersifat mengikat. (Lihat keterangan Perkara 106)

Fasal 1b - Dalam urusan-urusan pemikiran yang memerlukan bahasan dan kajian mendalam, perkara-perkara keilmuan, kewangan, tentera dan politik luar negeri, Khalifah berhak meminta pendapat majlis dan berpegang pada pendapatnya. Pendapat majlis dalam urusan-urusan tersebut bersifat tidak mengikat. (Lihat keterangan Perkara 106)

Fasal 2 - Khalifah berhak menyodorkan kepada majlis hukum-hukum dan perundang-undangan yang hendak diterapnya dan bagi setiap muslim anggota majlis memiliki hak untuk membincangkannya serta menjelaskan kebenaran dan kekeliruan hal-hal tersebut. Pendapat mereka dalam urusan-urusan tadi tidak mengikat.

Fasal 3 - Majlis Umat berhak meminta pertanggungjawaban pemerintah terhadap seluruh kegiatan yang terjadi sehari-hari, baik berkaitan urusan dalam negeri, luar negeri, kewangan mahupun tentera. Pendapat majoriti anggota Majlis Umat dalam perkara-perkara yang bersifat mengikat (masyurah) adalah mengikat. Dan pendapat majoriti itu tidak mengikat dalam urusan yang bersifat tidak mengikat. Jika terjadi perbezaan pendapat antara Majlis Umat dengan penguasa dari aspek hukum (syar’iy) dalam aktiviti yang telah dilakukan maka hal itu dikembalikan kepada pendapat Mahkamah Mazhalim untuk memastikan adakah penyelewengan dari segi hukum syara’ ataukah tidak. Pendapat Mahkamah Mazhalim dalam perkara ini bersifat mengikat.

Fasal 4 - Majlis Umat berhak menyampaikan ‘undi tidak percaya’ terhadap para Mu’awin, Wali dan ‘Amil. Pendapat majlis dalam perkara ini mengikat. Khalifah wajib memberhentikan mereka dalam keadaan demikian.

Fasal 5 - Kaum muslimin yang menjadi anggota Majlis Umat berhak membataskan calon Khalifah. Pendapat majlis dalam hal ini bersifat mengikat, sehingga pencalonan orang di luar yang ditetapkan majlis tidak dapat diterima.



[Rujuk : Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani, Nizhamul Islam, ms 110-112 (versi Arab)]

Tiada ulasan: